KERAJAAN NEGERI PANDANG SERIUS ISU KEROSAKAN JALAN


YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor mengadakan lawatan tapak ke Jalan Sungai Tiram.

 

Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius dan memahami keresahan rakyat terhadap isu kerosakan jalan raya yang mengundang kepada ancaman keselamatan termasuklah di Jalan Sungai Tiram menghubungkan FELDA Ulu Tebrau dan Ulu Tiram.

 

Aduan awam terutama penduduk FELDA Ulu Tebrau dan sekitarnya terhadap jalan yang turut menjadi laluan awam termasuk kenderaan berat untuk ke Jalan Seelong, Senai itu bakal dilaksanakan kerja pembaikan bermula pada Mac ini.

 

Sebanyak RM9 juta disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor untuk dilaksanakan kerja baik pulih dan selenggara jalan berkenaan yang melibatkan enam seksyen.

 

Pada November tahun lalu, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor telah melakukan tapak di kawasan aduan bersama wakil rakyat kawasan.

 

Tindakan segera bersifat sementara juga telah diambil selepas aduan diterima pada ketika itu dengan melakukan kerja menampal ‘pothole’ demi menjaga keselamatan dan keselesaan pengguna terutama penduduk di FELDA Ulu Tebrau.

 

Selain itu, untuk rekod, JKR Negeri Johor turut menerima peruntukan berjumlah RM57 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan melibatkan penurapan jalan di 53 lokasi di seluruh negeri ini, yang telah dikenal pasti.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor