MBJB ANJUR BENGKEL TINGKAT PENGETAHUAN, KEMAHIRAN SENI MUZIK


Bengkel Didik Seni dan Karya Kreatif menawarkan pendidikan muzik secara percuma kepada warga bandar raya. | Foto Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

 

Bengkel Didik Seni dan Karya Kreatif anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) siri 1 berlangsung di Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Johor Bahru pada 17 Februari lalu, berjaya menarik minat warga bandar raya termasuk golongan muda mengekspresikan minat dalam seni muzik dan kreatif.

 

Bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang, bengkel dengan kerjasama Johor Music & Creative (JMC) itu merupakan program pendidikan muzik secara percuma kepada warga bandar raya yang terbahagi kepada dua sesi iaitu persembahan dan tafsiran teknikal muzik melalui lagu serta latihan dalam kumpulan.

 

Bengkel dianjurkan membuka ruang bagi meraih pengetahuan dan pendedahan berhubung seni muzik secara ‘hands-on’ teori dan praktikal daripada ahli muzik profesional selain melatih peserta yang hadir mempraktikkan kemahiran bermain alat muzik secara profesional.

 

Bakal menganjur Siri 2 dan 3 pada Jun dan September ini, Bengkel Didik Seni dan Karya Kreatif mensasarkan penyertaan anak Johor khusus pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, warga MBJB, agensi yang memiliki kelab kebudayaan dan kumpulan pancaragam.

 

Selain itu, bengkel turut mensasarkan penyertaan dalam kalangan pemuzik, artis dan penyanyi dengan pengetahuan asas dalam bidang muzik selain tenaga pengajar dari pemuzik profesional yang mempunyai pengalaman lebih lima tahun, ‘trendy’ serta memiliki pengikut di media sosial.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor