42 PELAJAR, 10 PENJAWAT AWAM JOHOR TERIMA BANTUAN PENDIDIKAN PDT


Permodalan Darul Ta’zim meneruskan inisiatif Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT) dan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP). | Foto Facebook Permodalan Darul Ta’zim

 

Seramai 52 penerima termasuk penjawat awam Johor menerima bantuan pendidikan sebanyak RM3,000 disediakan Kerajaan Negeri menerusi Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan peruntukan berjumlah RM156,000 bagi meringankan beban melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

 

Program bantuan pendidikan yang digerakkan dengan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) itu disalurkan menerusi inisiatif Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT) dan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP).

 

Daripada keseluruhan penerima, 42 orang merupakan penerima TPSPDT yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Manakala 10 orang adalah penerima TPKKKP dalam kalangan penjawat awam Johor yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

 

Terdahulu, sesi penyerahan ‘mock-cheque’ bantuan pendidikan tersebut disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor sempena Mesyuarat Lembaga Pengarah PDT Kali Ke-33 di Pejabat Pengurusan PDT, Johor Bahru.

 

#BangsaJohor

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor