KERAJAAN NEGERI SAMBUT BAIK INISIATIF NTW 2023 DEMI BELIA JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian NTW 2023 di Southern University College, Johor Bahru, semalam. | Foto ihsan Facebook Hairi Md Shah

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menyokong penuh inisiatif Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 dalam pemerkasaan kemahiran golongan belia di Negeri Johor.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian NTW 2023 di Southern University College, Johor Bahru, semalam.

 

Beliau yang bertanggungjawab dengan portfolio Sumber Manusia itu berterima kasih kepada penganjur iaitu pihak Kementerian Sumber Manusia dan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDC) dalam usaha yang pragmatis sekali gus memantapkan usaha memajukan program latihan kebangsaan ini.

 

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor menyokong penuh inisiatif NTW 2023 dan pada masa sama mengingatkan orang muda Johor untuk sama-sama mengambil peluang untuk menyertai pelbagai program latihan yang ditawarkan secara percuma sepanjang NTW 2023 yang berlangsung selama seminggu.

 

“Malaysia khususnya Johor perlu memanfaatkan apa sahaja kelebihan yang ada untuk kekal bersaing di arena global,” katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook rasminya.

 

Beliau berkata, Bank Dunia juga memberi penarafan produktiviti pekerja di Malaysia masih lebih baik berbanding negara jiran serantau.

 

Katanya, justeru, semua pihak khususnya golongan muda harus bertindak dengan pantas demi memastikan tenaga kerja khususnya di negeri Johor ini bersedia sepenuhnya dengan pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor