KERAJAAN NEGERI, UNICEF RANCANG LAKSANA INISIATIF DI SELURUH PBT JOHOR


 

Perbincangan bersama UNICEF di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor | Sumber Facebook Khairin-Nisa Ismail.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) merancang untuk menjalankan ‘Child Friendly Cities Initiative (CFCI) di 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, inisiatif itu bagi memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak di Johor terjaga.

“Tujuan inisiatif ini dijalankan adalah bagi menginginkan suara kanak-kanak didengari dan kerajaan negeri mempunyai interaksi dan keterlibatan bersama kanak-kanak di Negeri Johor di mana ia turut akan dipantau bersama-sama pihak UNICEF dan kerajaan negeri,” katanya selepas mengadakan perbincangan bersama UNICEF di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, semalam.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Dato’ Amir Nasruddin; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Mohamad Hapil serta Pakar Dasar Sosial UNICEF Malaysia, Adam Ling Hau Yong.

Khairin-Nisa berharap dengan adanya kolaborasi antara kerajaan negeri dan UNICEF, kebajikan dan hak kanak-kanak di Johor lebih terpelihara.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor