KERJA AWALAN PROJEK PELEBARAN LEBUHRAYA PLUS BERMULA


Gambar hiasan.

 

Kerja-kerja awalan bagi projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong membabitkan laluan Senai (Utara) ke Sedenak, sudah dimulakan pada pertengahan Julai.

 

Pembinaan lorong tambahan bagi fasa 1 melibatkan peruntukan RM525 juta itu merangkumi jarak sejauh 21.8 kilometer (km) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

 

Pelaksanaan projek berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 90,000 pengguna harian lebuh raya terbabit dengan kerja awalan pelebaran tersebut tidak akan mengganggu aliran trafik.

 

Namun, beberapa cadangan dikemukakan PLUS Malaysia Berhad bagi mengurangkan kesesakan termasuk pengurusan trafik bersepadu untuk memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.

 

Manakala fasa kedua projek melibatkan jarak sejauh 16.6 km dari Simpang Renggam ke Yong Peng pula dijangka bermula pada suku pertama 2025 serta siap sepenuhnya pada suku keempat 2028.

 

Projek berimpak tinggi diperjuangkan Kerajaan Johor ini juga diyakini mampu menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi sekali gus merealisasikan hasrat menjadi negeri maju menjelang 2030.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor