KOLAM SELAM TEMPUR DIJANGKA SIAP SEPENUHNYA JUN INI
Projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang mengalami kelewatan sehingga diberikan enam kali lanjutan masa (EOT) sejak tahun 2020, dijangka siap sepenuhnya pada Jun ini.
Perkara itu dimaklumkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang turut menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri memantau rapi pelaksanaan projek tersebut agar dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.
Beliau turut menjunjung kasih atas keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terhadap projek-projek infrastruktur melibatkan jabatan dan agensi di negeri ini.
Kelmarin, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) menitahkan pihak yang bertanggungjawab menjelaskan punca kelewatan pembinaan.
Fasiliti yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, bakal dilengkapi pelbagai kemudahan bagi meningkatkan kompetensi individu dan pasukan GGK khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor