KONTINJEN DUN KOTA ISKANDAR UNGGULI SUKAN BANGSA JOHOR


Antara aksi futsal dan bola keranjang 3 on 3 yang berlangsung | Sumber Facebook Majlis Sukan Negeri Johor – MSNJ

 

ISKANDAR PUTERI — Kontinjen Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar menduduki kedudukan teratas carta keseluruhan pungutan mata Sukan Bangsa Johor 2022.

DUN Kota Iskandar berjaya mengutip 20 mata selepas menjadi johan bagi acara sepak takraw dan bola keranjang 3 on 3.

Sementara itu, DUN Tanjung Surat menduduki tangga kedua pungutan mata keseluruhan selepas menjadi johan acara futsal.

Manakala kedudukan ketiga pula adalah DUN Maharani setelah dinobatkan sebagai johan acara bola jaring.

Bagaimanapun, DUN Tanjung Surat dan Maharani masing-masing berkongsi 10 mata. Untuk keputusan penuh boleh layari https://sukanbangsajohor.wixsite.com/2022/.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor