MAINJ TERIMA KUNJUNGAN KHEUB DAN BTHMUIB


Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima kunjungan deligasi daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei (KHEUB) dan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam (BTHMUIB) / Gambar Ihsan MAINJ.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei (KHEUB) dan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam (BTHMUIB).

Delegasi terbabit yang diketuai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei, YM Pengiran Dato’ Seri Paduka Hj Mohammad Tashim Pengiran Hj Hasan yang juga Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Pengerusi Lembaga Pengarah BTHMUIB.

Rombongan KHEUB dan BTHMUIB itu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Hadir Sama Penasihat MAINJ, Dato’ Dr Nooh Gadot ; Mufti Negeri Johor, Dato’ Yahya Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Ismail Haji Abu.

Menerusi laman sosial Facebook rasminya, MAINJ memaklukan kunjungan berkenaan bertujuan untuk bertukar pandangan berkaitan pengurusan zakat, baitulmal, wakaf dan isu pentauliahan kepada tenaga pengajar.

Selain mengadakan pertemuan di Pusat Islam Iskandar Johor, delegasi berkenaan turut dibawa melawat ke Pusat Dialisis MAINJ Urus Sdn Bhd dan Waqaf An-Nur.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor