MAJLIS GRADUASI CAREER COACH 2021 DAN 2022 RAI 31 JURULATIH KERJAYA


Seramai 31 peserta Kursus Jurulatih Kerjaya diraikan dalam satu Majlis Graduasi Career Coach 2021 dan 2021 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) / Foto Ihsan UTHM.

 

BATU PAHAT — Seramai 31 peserta Kursus Jurulatih Kerjaya diraikan dalam satu Majlis Graduasi Career Coach 2021 dan 2021 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Ia bagi mengiktiraf dan menghargai kesemua perserta Career Coach berkenaan yang berjaya memberi sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh lantikan.

Dalam kenyataan di laman rasmi UTHM kesemua jurulatih kerjaya ini menerima latihan daripada pihak HC Consultant Group sebelum layah menerima sijil masing-masing.

Majlis graduasi berkenaan disempurnakan Provost UTHM Kampus Pagoh yang juga wakil rasmi Naib Canselor UTHM, Prof Ts Dr Mohd Kamarulzaki Mustafa.

Hadir sama, Pengarah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) UTHM, Prof Madya Ir Dr Muhammad Saufi Kamarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif HC Consultans Group, Sunil Hasmukharay.

Pada majlis itu turut menyaksikan penyampaian sijil kepada Jurulatih Kerjaya bagi tahun 2021 dan 2022 sebagai satu simbolik graduasi.

Program anjuran Jabatan Kerjaya Pelajar PKKA UTHM itu adalah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan UTHM.

Ia juga turut berfungsi memberikan khidmat nasihat kerjaya secara percuma sepanjang tahun kepada semua pelajar dan alumni UTHM.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor