MALAYSIA-SINGAPURA PERHALUSI KEMAJUAN PELAKSANAAN JS-SEZ
Kerajaan Malaysia dan Singapura mengadakan perbincangan khas bagi merealisasikan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka akan dimeterai semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada Disember ini.
Inisiatif yang bakal memberi limpahan manfaat kepada kedua-dua negara berkenaan bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan, meningkatkan aliran barangan dan manusia serta pembangunan tenaga kerja tempatan.
Selain itu, Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) juga akan melaksanakan penstrukturan semula organisasi itu pada tahun depan bagi menyokong aspirasi dan perkembangan JS-SEZ secara lebih berkesan, selain ia mampu memperkukuh kerjasama dalam bidang pengangkutan dan kelestarian alam sekitar.
Terdahulu, mesyuarat khas tersebut telah dipengerusikan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia dan dihadiri oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Desmond Lee, Menteri Pembangunan Singapura serta Chee Hong Tat, Menteri Pengangkutan Singapura.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor