MASALAH KEPADATAN MURID DALAM PERHATIAN


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh memaklumkan sebanyak tiga kelulusan pembinaan baharu iaitu Kompleks Sekolah Taman Pulai Indah (menengah dan rendah) serta pembinaan SMK Taman Mutiara Rini 3. |  Foto MDJ Wira Anggara

 

Isu kepadatan murid di kawasan DUN Kota Iskandar terutama di Kangkar Pulai, Pulai Indah dan Pulai Jaya 2 dalam perhatian Jabatan pendidikan Negeri Johor (JPNJ) yang sentiasa berusaha secara berterusan memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh dalam ucapan penggulungan memaklumkan JPNJ sudah mengambil langkah proaktif mencari jalan penyelesaian terbaik melalui pembinaan sekolah baharu dan penambahan bilik darjah di sekolah sedia ada berdasarkan keperluan serta kesesuaian tapak.

 

JPNJ telah mendapat tiga kelulusan pembinaan baharu iaitu Kompleks Sekolah Taman Pulai Indah mengandungi 30 bilik darjah bagi sekolah rendah dan 36 bilik darjah untuk sekolah menengah serta pembinaan baharu SMK Taman Mutiara Rini 3 mengandungi 36 bilik darjah dalam RMK-12 Rolling Plan 4 Tahun 2024.

 

Status projek kini pada peringkat proses kerja awalan yang melibatkan permurnian skop projek serta penyediaan pelan pengambilan tanah. JPNJ komited dalam usaha menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan kepada semua murid di negeri ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor