USAHAWAN PMKS JOHOR AKAN TERUS DIBANTU


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mohd Shah merakamkan penghargaan atas penerusan pelaksanaan Geran Usahawan Maju Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Strategi pembangunan usahawan di bawah Teras Pembangunan Ekonomi dalam Belanjawan Johor 2024 terus menyaksikan komitmen Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kompetensi komuniti usahawan menerusi inisiatif yang disediakan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mohd Shah dalam ucapan penggulungannya berterima kasih atas penerusan pelaksanaan Geran Usahawan Maju Johor dengan peruntukan RM2 juta.

 

Selain itu, pelaksanaan program baharu iaitu Misi Jejak PMKS Johor dengan peruntukan RM1 juta di 56 kawasan DUN menggunakan konsep terjah ke premis usahawan yang bakal menyaksikan seramai 280 usahawan dibantu dengan nilai sehingga RM3,500.

 

Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan 55 siri kursus dan latihan keusahawanan secara fizikal pada tahun hadapan dengan sasaran 2,000 melibatkan peruntukan RM1 juta bagi melahirkan usahawan berpengetahuan dan berkemahiran.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor