MBIP SEDIA JAYAKAN JS-SEZ MENERUSI IPFL


Iskandar Puteri Fast Lane (IPFL). | Foto Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

 

Pelaksanaan inisiatif Iskandar Puteri Fast Lane (IPFL) selain inisiatif baharu OSC 3.0 Plus daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) meletakkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam keadaan bersiap siaga bagi merealisasikan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

 

Pelaksanaan kedua-dua inisiatif berkenaan menjadi langkah proaktif mempersiap dan memperkukuhkan lagi proses serta prosedur pembangunan di kawasan pentadbirannya seiring dengan keperluan dan permintaan semasa sekali gus meletakkan MBIP berada di landasan yang tepat bagi menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

 

MBIP merupakan antara enam PBT terlibat dalam pelaksanaan JS-SEZ yang dijangka membuka peluang dan kelebihan besar kepada kawasan The Greater JB dan Iskandar Malaysia sebagai destinasi pelaburan domestik dan antarabangsa yang turut menyaksikan penubuhan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) di Forest City.

 

Inisiatif IPFL merupakan proses pemajuan secara pantas melalui gabungan proses di peringkat kelulusan pelan, kebenaran khas mula kerja pembinaan di tapak, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan lesen pengoperasian yang kini mengambil masa selama 14 bulan berbanding sebelum ini iaitu 24 bulan untuk beroperasi penuh.

 

MBIP hanya memfokuskan pelaksanaan IPFL bagi pembangunan perindustrian di tiga kawasan industri iaitu Taman Perindustrian SiLC, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang dan Taman Perindustrian Nusahaya Techpark serta telah menerima dan memproses lima permohonan pemajuan di bawah IPFL.

 

Menerusi inisiatif IPFL, MBIP telah mencatatkan nilai pelaburan berjumlah RM15.6 bilion sejak diperkenal dan dilaksanakan secara rasmi bermula 1 Januari 2023, jelas YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBIP pada Majlis Pelancaran IPFL di Dewan Utama MBIP Medini, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor