MBIP TERAJU TUNGGAK KELESTARIAN GREATER JOHOR BAHRU


Majlis perasmian Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor.

 

ISKANDAR PUTERI — Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menjadi wadah pendidikan kelestarian dan pembangunan masyarakat rendah karbon.

Hadir menyempurnakan perasmian karnival tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor selaku wakil rakyat Menteri Besar Johor pada 2 Disember lalu.

Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad berkata, Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) merupakan kerangka induk pembangunan rendah karbon oleh MBIP.

Menurutnya, kerangka induk itu merupakan di bawah Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Puteri 2025 dilancarkan pada tahun 2014.

“IPRK menterjemahkan usaha MBIP menghakupaya peranan masyarakat akar umbi untuk menjadikan Iskandar Puteri sebuah bandar raya mampan dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pelaksanaan IPRK tertumpu kepada pendidikan kelestarian dan bimbingan komuniti dalam usaha membudayakan gaya hidup rendah karbon untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan pemanasan suhu bumi.

Ia telah dilaksanakan melalui jalinan kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia dan SWM Environment Sdn. Bhd.

MBIP sebagai penyelaras tunggak kelestarian di bawah inisiatif Greater Johor Bahru akan menjadikan IPRK sebagai model rujukan usaha pembangunan masyarakat rendah karbon sekali gus mencapai sasaran Teras Kelestarian Alam Sekitar di bawah Pelan Pembangunan Mampan 2030.

Sementara itu, kenyataan sama turut memaklumkan Karnival IPRK menerima kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung bagi menyaksikan usaha sekolah lestari dan rendah karbon.

Aktiviti poket seperti Bengkel STEM Marvel, Pemeliharaan Penyu, Kenali Plastik, Bengkel Kompos dan Stesen Rendah Karbon diadaan turut diadakan dengan penyertaan 250 peserta dari 100 sekolah.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor