JAINJ RAI SMAKJ JUARAI ANUGERAH SPBT CEMERLANG KEBANGSAAN 2022


Pengarah JAINJ, Dato’ Md Rofiki Dato’ A Shamsuddin menyerahkan bendera kepada Ketua Pasukan Kriket Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang yang akan bertanding di Kejohanan Kriket di Sabah / Gambar Ihsan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ

 

ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam meraikan kejayaan Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Johor, Kluang atas kejayaannya menerima Anugerah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2022.

Majlis Apresiasi SPBT 2022 itu dianjurkan oleh Sekyen Hal Ehwal Murid, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Bahagian Pendidikan Islam JAINJ di Dewan Harun Ar-Rayid SMA Kerajaan Johor, Kluang.

Dalam kenyataan di laman rami Facebook Bahagian Pendidikan Islam JAINJ, majlis berkenaan diadakan bagi memberi penghargaan kepada Unit Pengurusan SPBT SMAKJ merangkul johan Anugerah SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan bagi kategori Sekolah Agama Rakyat Tahun 2022.

Majlis Apresiasi itu dirasmikan oleh Pengarah JAINJ, Dato’ Md Rofiki Dato’ A Shamsuddin yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pendidikan Agama Islam JAINJ, Md Radhi Ruslan.

Pada program sama turut berlangsung Majlis Penyerahan Bendera SMAKJ kepada Pasukan Kriket sekolah berkenaan yang akan menyertai cabaran Kejohanan Kriket Remaja Bawah 16 tahun yang akan diadakan di Sabah pada 11 hingga 18 Disember ini.

Pasukan Kriket SMAKJ ini akan menggalas cabaran Johor ke pertandingan berkenaan bagi merebut Piala Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah 2022.

Majlis penyerahan bendera SMAKJ ini diserahkan oleh Md Rofiki kepada Ketua Pasukan SMAKJ, Ahmad Yasser Md Rofiki dan barisan pasukan ini akan bertolah ke Sabah esok.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor