THE GREATER JB PACU JOHOR BAHRU BANDAR RAYA PILIHAN DUNIA


YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB akan memastikan pelaksanaan agenda ‘The Greater JB’ berjaya direalisasikan. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerjasama erat empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam ‘The Greater JB’ amat signifikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan agenda berkenaan seperti dihasratkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

 

YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB memaklumkan PBT dalam ‘The Greater JB’ sering mengadakan sesi libat urus bagi memastikan tiada pertindihan pelaksanaan inisiatif seperti amalan masyarakat rendah karbon, penanaman pokok dan perancangan guna tanah yang seimbang.

 

Agenda ‘The Greater JB’ disifatkan sebagai inisiatif bersama yang turut memerlukan satu sistem tempat letak kereta berintegrasi demi kemudahan rakyat, selain kutipan hasil empat PBT terbabit juga berupaya membantu Kerajaan Negeri pelaksanaannya serta pembangunan negeri.

 

Dengan usaha sama dan komitmen berterusan diberikan oleh semua PBT berkaitan, agenda ‘The Greater JB’ secara tidak langsung mampu untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya destinasi pilihan dunia.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor