MBJB TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN PERINGKAT KEBANGSAAN


Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) semasa menerima pengiktirafan di Majlis Penyampaian Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Tahun 2023-2025 (Peringkat Kebangsaan), semalam. | Foto ihsan Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meneruskan rentak kecemerlangan apabila menerima pengiktirafan di Majlis Penyampaian Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Tahun 2023-2025 (Peringkat Kebangsaan), semalam.

 

Majlis yang berlangsung di Hotel Sama-Sama Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang itu merupakan program di bawah kelolaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

 

MBJB menerima pengiktirafan dalam kategori Tandas Awam Standard ASEAN bagi Tandas Awam Menara MBJB dan Tandas Awam Dataran Bandaraya Johor Bahru.

 

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

 

Sementara itu, MBJB turut unggul dalam Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 

Pengiktirafan diperolehi menerusi Tandas Awam di Menara MBJB yang memenangi tempat ketiga Kategori Pejabat Kerajaan, sementara Restoran 7 Spices dan Toppen Shopping Mall pula, masing-masing menjuarai Kategori Restoran dan Pusat Membeli-Belah.

 

Turut hadir menyampaikan anugerah tersebut ialah Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran, KPKT, Ooi Poh Keong.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor