MOHON KKR BERI PERHATIAN JALAN RAYA DI JOHOR : MB


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bertemu Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi bagi membincangkan tentang infrastuktur jalan raya di negeri Johor | Sumber Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor memohon Kementerian Kerja Raya (KKR) memberikan perhatian terhadap keadaan jalan raya di negeri ini.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, permohonan berserta harapan itu demi memastikan infrastruktur berkenaan berada dalam keadaan baik.

 

“Jutaan terima kasih kepada Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, atas komitmen dan keprihatinan beliau memastikan infrastruktur di seluruh negara khususnya di Negeri Johor sentiasa diberi keutamaan.

 

“Semoga jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus memacu Johor menjadi sebuah negeri yang maju dan disegani,” katanya menerusi Facebook rasminya, semalam.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor berpeluang untuk bertemu dengan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

 

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad; Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool serta Pengarah Kerja Raya Johor, Jabatan Kerja Raya (JKR), Tuan Ir. Abu Bakar Abd Aziz.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor