MSNJ PERKENAL DUA PROGRAM BAHARU
Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) hari ini, memperkenalkan dua program baharu yang dinamakan ‘Sports Connoisseur’ dan ‘The Heroes Alma Mater SUKMA Johor’.
‘Sports Connoisseur’ menjadi platform kepada atlet kelahiran Johor yang mewakili negara dilantik ikon sukan MSNJ bagi menyuntik semangat atlet negeri ini, selain memupuk kesedaran bersukan kepada masyarakat.
Bagi tujuan tersebut, Shah Firdaus Shahrom, atlet berbasikal negara dan Nurfariha Abdul Razak, pemain bola jaring kebangsaan telah dipilih oleh High Council Committer (HCC) MSNJ sebagai ikon sukan MSNJ.
Selain itu, satu lagi program baharu iaitu ‘The Heroes Alma Mater SUKMA Johor’ pula akan mengumpulkan atlet-atlet terbaik Johor dan alumni SUKMA Johor yang menepati syarat ditetapkan.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor melancarkan Program SUKMA 2024: The Next Chapter yang menjadi persediaan awal kontinjen Johor mempertahankan kejuaraan temasya dwi-tahunan itu.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor