MYBHA TINGKAT SEKTOR PELANCONGAN JOHOR
#JohorBahru – Kerajaan Negeri Johor sentiasa berusaha meningkatkan sektor pelancongan di Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan yang lebih menarik dan berdaya saing, terutama menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Justeru bagi memperkasakan nilai tambah kepada usaha itu, Kerajaan Negeri juga berharap Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MYBHA) dapat memainkan peranan dalam memastikan sektor pelancongan di Negeri Johor terutama bagi kategori hotel bajet dan bisnes dapat terus berkembang serta kekal kompetitif, termasuk meningkatkan standard dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Negeri Johor juga akan menjadi tuan rumah kepada ASEAN Tourism Forum pada tahun depan. Forum ini akan mengumpulkan agen pelancongan dan profesional industri dari seluruh dunia, sekali gus menyediakan peluang besar untuk mempromosikan destinasi pelancongan di ASEAN, termasuk di Johor.
Selain itu, Negeri Johor turut mempunyai jadual kalendar pelancongan yang pastinya mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini dan hal ini adalah sesuatu perkara yang perlu dimanfaatkan oleh MYBHA.
Justeru, antara persediaan yang boleh diambil oleh MYBHA dalam merancakkan sektor pelancongan adalah dengan membantu pemain industri, terutama pengusaha hotel bajet dalam isu penjenamaan dan mempromosikan bisnes mereka. MYBHA juga boleh memainkan peranan penting dengan menyediakan sokongan dan panduan bagi memperkukuhkan imej jenama pengusaha hotel bajet di Negeri Johor.
Terdahulu, YB Tuan K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor telah merasmikan Johor Amaze Me dan penyampaian Anugerah Hotel Bajet & Bisnes di Austin International Convention Centre, Johor Bahru.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor