PORT BAHARU ‘RC CRAWLER’ DI MUO!


Permainan Remote Control (RC) Crawler di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Saiz lebih kecil berbanding kereta sebenar tetapi cukup lasak seperti kenderaan pacuan empat roda (4×4) membolehkan kereta mini 4×4 atau ‘RC Crawler’ dijadikan antara permainan kegilaan golongan lelaki dewasa masa kini.

 

Bagi Zulfadly Ahmad, 32, yang merupakan Pengerusi Muar Remote Control Community (MRCC), 32, orang ramai mula membuka mata dan mengenali RC Crawler ketika Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 di Daerah Johor Bahru.

 

Malah, fasiliti kondusif disediakan di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar membolehkan penggemar permainan tersebut berkumpul di hab aktiviti belia bagi memenuhi minat dan hobi terhadap kenderaan bersaiz mini itu selain mengasah kreativiti masing-masing.

 

Pusat belia ketiga hasil cetusan ilham Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor itu bakal dijadikan tempat berkumpul oleh pihak MRCC dalam usaha mengumpul lebih ramai para peminat permainan yang dianggap sebagai hobi mewah orang kita.

 

TMIYC Muar yang dibuka secara rasmi semalam turut menyediakan padang bola sepak sintetik beserta lampu limpah, gelanggang futsal berbumbung, gelanggang tenis dan asrama menjadikannya sebagai destinasi riadah yang selesa buat lebih 300,000 penduduk daerah berkenaan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor