PROGRAM 15 MINIT ‘INTEGRITY FIRST’ PUPUK NILAI PERANGI RASUAH


99 jabatan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan berkanun di seluruh Negeri Johor jayakan program 15 Minit ‘Integrity First’. | Johor Foto ihsan Facebook Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

 

Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor komited dalam memastikan semua anggota perkhidmatan awam Negeri Johor bebas daripada jenayah rasuah.

 

Usaha dan keazaman ini diterjemahkan menerusi pelaksanaan program 15 Minit ‘Integrity First’ yang mana ia melibatkan 99 jabatan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan berkanun di seluruh Johor, semalam.

 

Program yang julung kali diadakan itu merupakan satu kempen bagi memupuk nilai integriti dalam diri setiap kakitangan kerajaan supaya sentiasa telus dalam menjalankan tugas dan dalam apa jua keadaan.

 

Pada program ini, satu taklimat ringkas tentang kesedaran terhadap nilai integriti turut diadakan dan ia diikuti dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh setiap kakitangan di setiap jabatan terlibat.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor