PROGRAM HELP SELUHUR KASIH SIMBIOSIS TERCIPTA SANTUNI PENJAWAT AWAM DITIMPA MUSIBAH


YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merasmikan upacara ‘flag off’ Program HELP : Seluruh Kasih Simbiosis Tercipta. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menganjurkan Program HELP : Seluruh Kasih Simbiosis Tercipta 2024 yang bakal menyantuni kira-kira 300 penjawat awam negeri ditimpa musibah dan kurang bernasib baik di seluruh daerah sepanjang tahun ini.

 

Program Kembara Psikologi itu merupakan anjuran bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama rakan strategik lain terdiri pelbagai jabatan dan agensi negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

Bagi Siri Satu program yang berlangsung hari ini dan esok, seramai 96 penerima disantuni di mana lima daripadanya iaitu di sekitar Johor Bahru telah dikunjungi oleh rombongan diketuai YBrs. Encik Ezzudin Sanusi, Setiausaha Bahagian BPSM dan turut disertai Puan Norzamfiza Kamarulzaman, Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling BPSM.

 

Selain menerima bantuan berupa kit makanan dan wang tunai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor serta kotak makanan sumbangan Yayasan JDT, setiap penjawat awam yang ditemui turut diberikan sokongan psikologi dan moral oleh panel-panel kaunselor.

 

Terdahulu, pelepasan delegasi rombongan telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. Hadir sama, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor dan YB Dato’ Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor