PERMOHONAN GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON DIBUKA


Penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 telah mula dibuka sejak 17 Mac lalu. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) meneruskan inisiatif penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 berjumlah RM500,000 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan pembudayaan rendah karbon.

 

Permohonan daripada komuniti termasuk pihak sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) akan melalui proses pemilihan MBIP terlebih dahulu sebelum geran ditawarkan kepada projek yang memenuhi kriteria untuk direalisasikan.

 

Pada awalnya, nilai geran ditawarkan bermula RM5,000 sehingga RM30,000 untuk satu-satu projek, namun jumlah tersebut ditingkatkan sehingga RM50,000 berikutan penyertaan memberangsangkan yang diterima.

 

Antara contoh permohonan yang berjaya adalah projek penanaman sayur di Masjid Taman Impian Emas, dekat Skudai, menerima Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 3.0 berjumlah RM19,000.

 

Justeru, penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 sudah dibuka pada 17 Mac 2024 yang lalu, dan permohonan boleh dihantar oleh komuniti Iskandar Puteri dalam tempoh dua bulan dari tarikh bermula.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor