PROGRAM HELP : SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR SANTUNI PENJAWAT AWAM, PESARA


YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bersama isteri, YBhg. Puan Sri Datin Dr. Hajah Azizah Abd Latiff turut serta dalam ziarah Program HELP : Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta Tahun 2024, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Program HELP : Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) diteruskan dengan menyantuni tiga pesara dan seorang penjawat awam negeri yang memerlukan, hari ini.

 

Lebih istimewa, program Kembara Psikologi itu diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bersama isteri, YBhg. Puan Sri Datin Dr. Hajah Azizah Abd Latiff yang mengetuai rombongan di sekitar Johor Bahru.

 

Selain itu, YB Setiausaha Kerajaan Johor turut menyampaikan sumbangan peribadi sebagai tanda ingatan dalam ziarah kasih yang mengeratkan lagi tali persaudaraan silaturrahim serta menyuntik semangat mereka yang disantuni.

 

Turut disampaikan barangan keperluan makanan sumbangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Yayasan JDT, kit solat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta wang tunai oleh BPSM dan Southern Volunteers Kota Iskandar.

Hadir sama, YB Dato’ Lukman Abu Bakar, Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor; YBrs. Encik Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Setiausaha Bahagian BPSM; YBrs. Tuan Haji Mohd Farid Hassan, Setiausaha Bahagian ICT@Johor serta YBrs. Tuan Haji Mohd Johari Tarmidi, Ketua Southern Volunteers Kota Iskandar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor