PIJ SALUR RM22,600 BANTU PELAJAR B40 PIS


PIJ serah bantuan RM22,600 kepada penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). | Foto Ihsan Perbadanan Islam Johor

 

Perbadanan Islam Johor (PIJ) menyalurkan bantuan berjumlah RM22,600 yang memberi manfaat kepada 42 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam kalangan golongan B40 bagi meringankan beban kos pengajian.

 

Bantuan terdiri daripada Skim Bantuan Mesin Pencetak bernilai RM12,600 dan dana kebajikan sebanyak RM10,000 itu menjadi perangsang motivasi kepada penerima terdiri anak Johor di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mencapai kecemerlangan.

 

PIJ sebelum ini telah menyalurkan 650 mesin pencetak bernilai kira-kira RM200,000 berserta dana kebajikan berjumlah RM300,000. Untuk rekod, PIS merupakan IPTA ketiga menerima bantuan sama selepas Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada tahun ini.

 

Terdahulu, berlangsungnya Majlis Serahan Bantuan Inisiatif B40 dan Dana Kebajikan Pelajar PIS yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman Salleh, Pengurus Besar PIJ.

 

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Ulaimi Yahya, Pengarah PIS; Encik Khirul Nizam Mat Said, Timbalan Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan) PIJ; YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS serta Puan Rohaida Razi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor