RM12.8 JUTA INSENTIF KEPADA PEKEBUN KECIL SEGAMAT TAHUN 2022


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip menyampaikan insentif Program Tanam Semula Getah Ke Getah kepada penerima | Sumber Facebook Dato’ Zahari Sarip.

 

ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM12.8 juta bagi daerah Segamat pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, jumlah peruntukan itu adalah bagi insentif-insentif kepada pekebun-pekebun kecil RISDA.

“Ianya meliputi Bantuan Tanam Semula Getah, Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan, Bantuan Input, Bantuan Musim Tengkujuh dan banyak lagi dengan manfaat kepada lebih 2,000 pekebun kecil RISDA di Segamat,” katanya sempena Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA Daerah Segamat di Balairaya Kg Padang Kiambang, Segamat.

Selain itu, Zahari turut merakamkan penghargaaan kepada pihak RISDA kerana memberi penerangan berkaitan peranan dan bantuan yang boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar terutama pekebun-pekebun kecil.

Pada majlis tersebut, turut disampaikan insentif kepada beberapa penerima di sekitar Kampung Padang Kiambang.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor