RTBJ TEPATI ASPIRASI BANGSA JOHOR


Dr. Suhailizan menyempurnakan perasmian penutup PKPJ Property Roadshow @ Johor Bahru di Angsana Johor Bahru Mall.

 

Komitmen Kerajaan Negeri memastikan rakyat memiliki kediaman sendiri diperluaskan kepada Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ), inisiatif di mana penyewa membayar sewa bulanan dengan sebahagiannya menjadi tabungan untuk pembayaran deposit kediaman bagi pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

 

Dalam usaha menjayakan agenda melengkapkan ekosistem perumahan negeri, YB Datin Paduka Dr. Suhailizan Suliman, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) menyifatkan RTBJ sebagai inisiatif yang menepati aspirasi dan kehendak rakyat pada kadar sewaan rendah berbanding harga pasaran.

 

Terkini, sebanyak 172 unit RTBJ Taman Bandar Putra, Mukim Senai, Kulai yang baru dilancarkan menjadi produk kedua selepas RTBJ Taman Kempas Utama dengan menyediakan kadar sewaan berjumlah RM550 sebulan dan membantu penyewa menabung sebelum ditawarkan RMMJ secara ‘fastlane’ tanpa perlu melalui proses undian seperti pembeli lain.

 

PKPJ kekal komited dalam menyebarluaskan strategi mendekati dan memenuhi impian rakyat Johor terutama golongan muda untuk memiliki kediaman sendiri menerusi penganjuran PKPJ Property Roadshow yang bakal diadakan di daerah Kluang dan Batu Pahat pada tahun ini, di samping penganjuran Ekspo Hartanah Johor (JPEX) 2025.

 

Penganjuran PKPJ Property Roadshow @ Johor Bahru menerima sambutan memberangsangkan apabila sebanyak RM142.5 juta nilai jualan berjaya direkodkan daripada 20 pemaju yang mengambil bahagian dalam edisi kedua program selepas penganjuran program sama di Muar pada Oktober tahun lalu.

 

Terdahulu, Dr. Suhailizan menyempurnakan perasmian penutup PKPJ Property Roadshow @ Johor Bahru di Angsana Johor Bahru Mall, hari ini, selain turut melancarkan empat projek baharu RMMJ melibatkan lebih 400 unit yang bakal dibangunkan melibatkan daerah Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kluang.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor