‘SATAY PIT’ BAWA TUAH KEPADA SMK TUN HABAB


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Reka Cipta Kitar Semula E-Sisa.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab menjuarai Pertandingan Reka Cipta Kitar Semula E-Sisa anjuran SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menerusi hasil reka cipta ‘Satay Pit’ daripada barangan kitar semula.

 

‘Satay Pit’ merupakan alat pembakar sate moden direka daripada perkakas dan peranti elektronik terpakai (E-Sisa) seperti komputer, ketuhar pembakar dan pendingin hawa.

 

Hasil reka cipta yang berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan itu menonjolkan konsep mudah alih serta mesra pengguna yang turut menekankan elemen kecekapan fungsi dengan rantaian kesan terhadap kelestarian alam sekitar.

 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin memaklumkan pertandingan julung kali diadakan itu menawarkan peluang kepada pelajar meneroka potensi E-Sisa dalam kerangka ekonomi kitaran melalui penerapan aspek inovasi sosial serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

 

Kejayaan tersebut menyaksikan SMK Tun Habab membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 berserta trofi dan sijil dalam pertandingan yang disertai hampir 200 pelajar dan guru dari 40 sekolah menengah.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor