SERAHAN KUNCI PR1MA LARKIN INDAH PADA 1 MAC INI


YB Dato’ Mohd Jafni Mohd Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor meluangkan masa berjumpa dengan pihak PR1MA untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang status perumahan strata tersebut. | Foto MDJ Dania Farisya.

 

Pembeli rumah di pangsapuri PR1MA Residensi Larkin Indah, kini boleh menarik nafas lega apabila isu berkaitan penyerahan kunci kediaman strata itu akan diselesaikan menjelang 1 Mac ini.

 

YB Dato’ Mohd Jafni Mohd Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, memaklumkan penangguhan penyerahan kunci kepada pembeli disebabkan isu permasalahan dokumentasi bagi kelulusan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

 

Pangsapuri PR1MA Residensi Larkin Indah. | Foto MDJ Dania Farisya.

 

Justeru, beliau memberitahu hasil perbincangan dengan pihak pemaju bersetuju untuk menyiapkan proses berkenaan sebelum 21 Februari ini dan majlis penyerahan kunci akan dilakukan pada 1 Mac depan.

 

Sebanyak 1,113 unit daripada 1,174 rumah jenis apartmen yang merangkumi lima blok bagi fasa satu PR1MA Resedensi Larkin Indah sudah terjual.

 

Mohd Jafni berkata, walaupun PR1MA adalah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan namun YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor sentiasa mengambil berat mengenai isu yang berlaku di projek perumahan terbabit demi kepentingan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya pembeli kediaman berkenaan.

 

#BangsaJohor

#MediaDigitalJohor

#SahihTepatPantas

#MajuJohor