AGENDA ‘PERIUK NASI SELATAN’ SUMBANG KESTABILAN BEKALAN MAKANAN


YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor di Sawah Ring, semalam. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri terus komited menjayakan agenda ‘Periuk Nasi Selatan’ dengan mewujudkan kawasan sawah padi baharu yang diyakini mampu menyumbang kepada kestabilan bekalan makanan di negeri ini, bagi jangka masa panjang.

 

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor memaklumkan peruntukan sebanyak RM900,000 telah diberikan kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ) untuk tahun ini melalui Projek Pembangunan Sawah Padi.

 

Peruntukan tersebut merangkumi insentif pengapuran, perataan tanah sawah, input tambahan buat pesawah, peralatan tanah sawah, program mekanisasi, pembaikan infrastruktur sawah, pengurusan air sawah, kawalan perosak bersepadu (IPM) dan pengurusan tanah serta pembajaan.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri juga merancang menjadikan kawasan sawah padi sedia ada sebagai tumpuan kepada usaha sekuriti makanan dan peningkatan hasil pengeluaran menerusi semua peruntukan dari kerajaan negeri serta persekutuan.

 

Untuk rekod, Johor memiliki sepuluh sawah padi seluas 2,254 hektar merangkumi Tangkak (842.97 hektar), Muar (364.22 hektar), Mersing (549.38 hektar), Batu Pahat (141.70 hektar) dan Kluang (356.12 hektar) yang membabitkan 859 pesawah.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor