SERTAI JOHOR BERSIH, PERANGI DENGGI : EXCO KERAJAAN NEGERI


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.

 

SAYA menggalakkan Bangsa Johor menyertai program Johor Bersih yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri supaya kita bersama-sama memastikan kebersihan negeri kita,” seru Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.

 

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan situasi semasa wabak penyakit denggi di Negeri Johor yang mencatatkan penurunan sebanyak 6.4 peratus pada Minggu Epid 40/2023 berbanding minggu sebelumnya.

 

Daerah yang melaporkan peningkatan kes denggi pada Minggu Epid 40/2023 berbanding Minggu 39/2023 adalah Johor Bahru dengan merekodkan 163 kes, Kulai (24) dan Batu Pahat (7).

 

Sebagai langkah pencegahan wabak tersebut, Tian Soon berkata, aktiviti pemusnahan tempat pembiakan terus dijalankan oleh anggota kesihatan selain tindakan penguatkuasaan yang telah mengeluarkan 4,499 kompaun bernilai RM2.18 juta.

 

“Penemuan tempat pembiakan serta tempat berisiko pembiakan di dalam rumah pula menunjukkan masyarakat masih lagi belum peka kepada keperluan pembersihan dan pemusnahan tempat berisiko. Justeru, masyarakat perlu membersihkan rumah sendiri dengan melakukan aktiviti mencari dan musnah selama 10 minit di kediaman dan tempat kerja,” katanya lagi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor