SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TITIP PESANAN KEPADA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR


Barisan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS). | Foto MDJ Wira Anggara

 

Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani menitipkan pesanan kepada Pegawai Tadbir Negeri Johor supaya sentiasa berusaha memajukan diri dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

 

Pesanan tersebut dititipkan dalam ucapannya pada Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih Pegawai Kewangan Negeri Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, hari ini.

 

Setiausaha Kerajaan Johor turut mengingatkan Pegawai Tadbir Negeri Johor sentiasa menghargai jawatan yang digalas sekali gus mengembangkan potensi diri ketika melaksanakan tanggungjawab diberikan.

 

Dalam ucapan sama, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan atas perkhidmatan yang telah diberikan selama ini.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Ismail Abu dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato’ Haji On Jabbar.

 

Hadir sama, Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor, YB Dato’ Lukman Abu Bakar, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Negeri serta Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor