JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR AKTIF BILIK GERAKAN BENCANA


Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor (Operasi), Mohd Suffian Aizudin Mohd Saleh memaklumkan usahawan tani yang terjejas boleh memohon bantuan dengan memuatnaik borang disediakan.

 

Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di semua daerah di negeri ini, sebagai persediaan membantu usahawan tani terjejas banjir.

 

Selain itu, hebahan talian hotline bilik gerakan tersebut juga sudah dilakukan lebih awal pada tahun ini, di semua platform media sosial jabatan dan Pejabat Pertanian Daerah bagi memudahcara permohonan bantuan.

 

Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor (Operasi), Mohd Suffian Aizudin Mohd Saleh memaklumkan usahawan tani yang terjejas boleh memohon bantuan dengan memuatnaik borang disediakan.

 

Selain itu, pihak jabatan turut menubuhkan pasukan petugas yang mengumpulkan data daripada Agen Pengembangan Tanaman (APT) kawasan dan Pejabat Pertanian Daerah selain memberi peringatan amaran cuaca semasa kepada usahawan tani.

 

Bilik Gerakan Bencana JPNJ merupakan platform untuk usahawan tani terkesan banjir atau bencana melaporkan situasi keadaan kebun dan ladang masing-masing bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor