SPORT KITE BAKAL HIASI LANGIT PASIR GUDANG


Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024 kali ke-26 kembali berlangsung pada 24 Februari ini. | Foto arkib MDJ

 

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024 kali ke-26 yang bakal membuka tirai bermula 24 Februari hingga 3 Mac ini, bakal menyaksikan layang-layang jenis ‘sport kite’ menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.

 

‘Sport kite’ yang turut dikenali dengan ‘stunt kite’ menjadi antara tarikan penganjuran festival berprestij disenaraikan dalam kalendar pelancongan Negeri Johor untuk edisi kali ke-26 bagi menarik lebih ramai orang muda meminati dan mengetahui lebih lanjut mengenai permainan tersebut.

 

YB Dato’ A. Rahim Nin, Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM) memaklumkan pemain dari beberapa buah negara antaranya Argentina, China, Hongkong dan Amerika Syarikat bakal mempersembahan ‘Sport Kite’ ketika festival berkenaan.

 

Selain itu, MPM dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) juga akan meluaskan ‘sport kite’ ke semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya politeknik di seluruh Malaysia bagi memperluaskannya untuk dimainkan selepas festival melabuhkan tirai.

 

Inisiatif tersebut menjadi platform melatih seterusnya melahirkan lebih ramai pemain ‘sport kite’ berbakat dalam kalangan golongan muda yang mampu memainkan layang-layang berkenaan secara akrobatik dan berkumpulan mengikut lagu.

 

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan FLLSPG 2024 Kali Ke-26 yang menyaksikan penyertaan 135 peserta antarabangsa dan lebih 400 peserta tempatan, dengan pelbagai acara menarik sepanjang sembilan hari penganjurannya.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor