KERAJAAN NEGERI KOMITED PERKASA USAHAWAN IAT


YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor (tengah) mengadakan lawatan kerja ke kilang minuman HAOS EK? di Kempas Lama, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Agenda pemerkasaan usahawan Industri Asas Tani (IAT) baharu dan sedia ada terus menjadi perhatian Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Johor dengan penyediaan pelbagai bantuan serta bimbingan bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran dan hasil jualan produk.

 

Syarikat pengeluar minuman tempatan ‘Haos Ek?’ merupakan antara usahawan yang menerima bantuan di bawah Program IAT dengan peruntukan berjumlah RM110,000 yang meliputi penyediaan kiosk jualan, mesin ‘conveyor’, pencetak ‘inkjet’ dan mesin ‘shrink tunnel’.

 

YBhg. Yosri Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor memaklumkan pihaknya juga menyediakan bantuan di bawah Skim Perintis Keusahawanan Pertanian Johor (PKPJ) dalam usaha membantu usahawan IAT baharu memulakan perniagaan masing-masing.

 

Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan lawatan kerja ke kilang minuman HAOS EK? milik syarikat Adin Marketing Group Sdn. Bhd. di Kempas Lama.

 

Untuk rekod, Jabatan Pertanian Negeri Johor sudah menyediakan bantuan kepada seramai 137 usahawan di bawah skim program IAT pada tahun lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor