STATISTIK TERPILIH PARLIMEN JOHOR


Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistik terpilih Parlimen Johor yang telah diperoleh menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

 

ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistik terpilih Parlimen Johor yang telah diperoleh menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

 

Di dalam hantaran yang dimuat naik oleh laman Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor (DOSM Johor), Parlimen Kota Tinggi mencatatkan komposisi penduduk bumiputera paling tinggi di Johor dengan sebanyak 95.8%.

 

Bagi komposisi etnik kaum Cina pula direkodkan sebanyak 47.4% di Parlimen Bakri terletak di daerah Muar manakala Parlimen Labis mencatatkan 16.2% etnik kaum India.

 

Parlimen Johor Bahru pula merekodkan kepadatan penduduk 5,081 per kilometer (KM) persegi, manakala Parlimen Segamat mencatatkan kadar kelahiran 14.9 pada tahun bancian 2020.

 

Sementara itu, seramai 475,267 penduduk direkodkan di kawasan Parlimen Tebrau sementara 96.3% warganegara dicatat di Parlimen Ayer Hitam yang terletak di daerah Batu Pahat.

 

Jumlah penduduk bagi komposisi umur 15 hingga 64 tahun di Parlimen Sri Gading pula ialah 75.9%, sementara Parlimen Iskandar Puteri mencatatkan peratus penduduk berusia 0-14 tahun sebanyak 27.7%.

 

Orang ramai boleh mendapatkan statistik berkaitan negeri Johor di laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor