SUAKA BURUNG PANTI BERPOTENSI JADI DESTINASI EKO-PELANCONGAN


Program Southern Peninsular Panti Bird Race 2023 yang dilaksanakan di Suaka Burung Panti, Kota Tinggi. | Foto ihsan Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor

 

Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) komited memperkasa kawasan Suaka Burung Panti di Kota Tinggi yang berpotensi menjadi destinasi eko-pelancongan atau ‘avitourism’ (memerhati burung) kepada peminat dari dalam dan luar negara.

 

Bagi melaksanakan hasrat tersebut, JPNJ telah menganjurkan program Southern Peninsular Panti Bird Race 2023 yang berjaya menarik seramai 36 orang peserta dibantu 20 orang pakar burung sebagai langkah awal memperkasa aktiviti ‘memburung’ di negeri ini.

 

Program julung kali diadakan itu juga bertujuan memberikan pendedahan awal kepada kakitangan jabatan terutama Pengurus Suaka Burung Panti, agensi-agensi berkaitan eko-pelancongan dan ‘avitourism’ serta pihak Institusi Pengajian Tinggi mengenai aktiviti berkenaan.

 

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil menyambut baik usaha sama pelbagai pihak dalam mempromosi keunikan flora, fauna dan habitat yang terdapat di daerah tersebut serta menzahirkan keyakinan usaha dilakukan mampu memelihara alam sekitar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor