SUKSEM IX, JOHOR DATANG!


YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merasmikan Majlis Penyerahan Watikah ‘Chef De Mission’ di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Semboyan telah berbunyi, laungan cabaran telah disahut. Kontinjen Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) telah bersedia untuk berjuang di Karnival Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri se-Malaysia (SUKSEM) 2024 edisi ke-9 berlangsung di Terengganu.

 

YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor berbangga dengan segala persiapan dan tahap komitmen ditunjukkan oleh kontinjen SUKJ ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Watikah ‘Chef De Mission’ di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

 

Selain itu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani menegaskan bahawa sukan memainkan peranan penting dalam memupuk semangat kerjasama antara penjawat awam dan turut berpesan kepada kontinjen SUKJ untuk bertanding secara profesional demi menjaga nama baik Negeri Johor.

 

Kontinjen SUKJ diketuai oleh YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan) sebagai ‘Chef de Mission’ dibarisi seramai 263 penjawat awam akan bersaing dalam sepuluh acara sukan bermula 14 Oktober depan.

 

Hadir sama, YB Dato’ Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan); YBhg Shubanah Yusuf, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek Dan Kesejahteraan Rakyat) dan YBhg Abdul ‘Alim Abd. Shukor, Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn. Bhd.

 

Semoga berjaya kontinjen Johor!

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor