Tag Archive for: Invest Johor

JOHOR BUKA PINTU PELABURAN ELEKTRONIK

  #JohorBahru – Penganjuran Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Malaysia di negeri ini pada minggu lalu, mencerminkan Johor terus menjadi destinasi pilihan pelaburan utama termasuk industri elektrik dan elektronik (E&E) selain menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa ekosistem sektor perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).   Industri E&E telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pelaburan dan eksport negeri […]

PELABUR TAK SABAR KE JOHOR

  Mengangkat aspirasi Kerajaan Johor bagi menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ), Invest Johor memberi penekanan khusus terhadap kerjasama dengan agensi berkepentingan di peringkat Negeri dan Persekutuan.   Kerjasama tersebut bagi Natazha Hariss, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor memberi keyakinan dan dorongan untuk bekerja kuat dalam memastikan Johor […]

EKONOMI HIJAU BERMULA DI JOHOR

  Kerajaan Negeri menerusi Invest Johor dan Pusat Kelestarian Johor akan menganjurkan Persidangan Green Legacy Johor 2024 selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Oktober depan bagi menangani isu alam sekitar sekali gus merintis jalan ke arah masa depan lebih mampan.   Persidangan bertemakan ‘Kesepaduan Global untuk Tindakan Iklim’ itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen […]

PENGUKUHAN PERUNDANGAN MUDAH CARA PELABURAN DI JOHOR BAHRU

  Merancakkan kemasukan pelabur ke Johor terus menjadi agenda utama yang dibincangkan dari perspektif perundangan dalam Persidangan Kemuncak Inovasi Perundangan Johor 2024 yang berlangsung di Hotel Doubletree Hilton, Johor Bahru, hari ini.   Program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), turut menekankan peranan undang-undang dalam menjadikan […]

JOHOR TERIMA PELABURAN PERANTI PERUBATAN BERNILAI RM1 BILION

  Insulet Corporation, syarikat peneraju global dalam teknologi pengurusan diabetes merealisasikan pembangunan fasiliti pembuatan baharu dinamakan Omnipod 5 di Kawasan Perindustrian SiLC, Iskandar Puteri sekali gus menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat tersebut dan juga bagi sektor peranti perubatan yang semakin berkembang.   Melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM1 bilion atau AS$200 juta, pembinaan fasiliti Insulet […]

JOHOR SEDIA JADI HAB PUSAT DATA SERANTAU

  Pengoperasian fasiliti penyedia perkhidmatan pusat data terkemuka di Asia, Princeton Digital Group (PDG) di Taman Teknologi Sedenak (STeP 1) memacu Johor berada di landasan yang tepat sebagai hab pusat data terbesar di Asia Tenggara.   Pembukaan fasiliti fasa pertama pusat data hiperskala 150 megawatt (MW) melibatkan pelaburan bernilai RM2 bilion itu dijangka menyediakan 500 […]

APCW 2023 LABUH TIRAI, CAPAI MATLAMAT KUKUH KERJASAMA TANGANI PERUBAHAN IKLIM

  Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang melabuhkan tirainya hari ini, mencapai matlamat untuk mengukuhkan usaha secara bersama dalam menangani perubahan iklim.   Dengan penyertaan 3,643 delegasi dari 108 negara yang berdaftar, persidangan ini berjaya menghimpunkan pemimpin, pakar dan pembuat dasar yang menyumbang idea, pandangan dan […]

JOHOR SERIUS CARI SOLUSI KRISIS PERUBAHAN IKLIM

  Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 13 hingga 17 November ini, dijangka menerima kehadiran 2,000 delegasi.   Sebagai tuan rumah, Johor dan Malaysia juga bakal menjadi tumpuan dunia menerusi penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa ini.   Kerajaan Negeri dalam rangka persiapan untuk penganjuran APCW 2023 yang […]

KERAJAAN JOHOR, AIRASIA RANGKA PERANCANGAN USAHASAMA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengadakan perbincangan bersama Kumpulan AirAsia Berhad yang kini dikenali sebagai Capital A Berhad bagi memacu pelbagai sektor berkaitan di negeri ini.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelbagai perancangan promosi, pembangunan serta naik taraf infrastruktur di Johor telah dibincangkan secara mendalam bersama Capital A.   “Semoga perancangan […]

JSDC KOMITED LAHIR PEKERJA MAHIR

  ISKANDAR PUTERI — Johor Skills Development Centre (JSDC) berjaya melahirkan hampir 70,000 pekerja mahir sehingga kini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han berkata, kesemua kos latihan ditanggung oleh kerajaan. Menurut beliau, JSDC komited membantu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Ijazah Sarjana Muda melengkapkan diri dengan kemahiran diperlukan pasaran. […]