Tag Archive for: iskandar puteri

JDT SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR SHOPEE CUP

#IskandarPuteri – Perlawanan keempat kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup) 2025/2026 bakal menyaksikan pertembungan antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan wakil Myanmar, Shan United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Kedua-dua kelab yang juga juara Liga Super Malaysia dan Liga Nasional Myanmar bakal bertarung untuk merebut tiga mata penuh. Harimau Selatan turun […]

JOHOR PERKUKUH BEKALAN AIR MELALUI LRA BAHARU DAN PROJEK ‘REZONING’

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan pembangunan infrastruktur air secara menyeluruh bagi memastikan bekalan air terawat di negeri ini sentiasa mencukupi dan mampan sehingga tahun 2030.   Ia berikutan jangkaan peningkatan penggunaan air terawat daripada 2,037 juta liter sehari (JLH) pada tahun 2025 kepada 2,700 JLH menjelang 2030, selari dengan pertumbuhan penduduk, pembangunan industri […]

EDUFEST 2025 BAKAL MERIAHKAN CUTI SEKOLAH INI

  #IskandarPuteri – Lebih 10,000 pelajar tempatan dan antarabangsa dijangka memeriahkan Iskandar Puteri International Edufest 2025 (EDUFEST 2025) yang berlangsung di Kompleks Sunway Big Box Retail Park pada 12 hingga 15 September ini.   Festival bertemakan ‘Pendidikan Melangkaui Sempadan, Memupuk Kewarganegaraan Global Dalam Era Digital’ ini menyasarkan penyertaan 5,000 pelajar sekolah rendah dan menengah secara […]

JOHOR BINA LALUAN LINTASAN HIDUPAN LIAR PERTAMA

  #IskandarPuteri – Projek laluan lintasan hidupan liar pertama di negeri ini, bakal dibina secara rasmi di jalan utama FT50 menghubungkan Kahang, Kluang dan Mersing, bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta hidupan liar.   Menerusi projek berkenaan, jalan dikelilingi kawasan hutan dan merupakan laluan sempadan antara Hutan Simpan Labis ke Mersing serta Hutan Simpan […]

JOHOR HAT-TRICK JUARA KRIKET T20 WANITA BAWAH-19 TAHUN KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan Wanita Johor dinobatkan sebagai juara Kejohanan Kriket Antara Negeri Persatuan Kriket Malaysia (MCA) T20 Wanita Bawah-19 Tahun 2025 apabila menewaskan Perak dengan kemenangan bergaya lapan wiket pada perlawanan akhir di Bayuemas Oval, Klang, semalam.   Selaku penyandang juara, Johor konsisten menunjukkan penguasaan di sepanjang kejohanan dan meneruskan momentum positif hingga ke […]

JOHOR SELESAI SERAH 99% GERAN HAK MILIK TANAH PENEROKA FELDA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri membuktikan komitmen dalam menjaga kebajikan warga FELDA apabila berjaya menyelesaikan 99 peratus penyerahan geran hak milik tanah peneroka di semua tanah rancangan berkenaan di seluruh negeri sehingga Ogos tahun ini.   Daripada sejumlah 27,642 peneroka FELDA di Johor iaitu kedua tertinggi di Malaysia, sebanyak 27,429 peneroka telah menerima geran hak […]

‘INFLUENCERS WORLD CUP 2025’ SELARI ASPIRASI JOHOR SPORT NATION

  #IskandarPuteri – Penganjuran ‘Influencers World Cup 2025’ yang menghimpunkan pempengaruh, pencipta kandungan digital dan personaliti media sosial terkenal dari seluruh dunia, menyerlahkan keupayaan negeri ini sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa seiring dengan aspirasi Johor Sport Nation 2030.   Kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu bukan sahaja menyaksikan ‘influencer’ […]

JOHOR NEGERI PERTAMA GUNA JENTERA CANGGIH BAIKI ‘POTHOLE’

  #IskandarPuteri – Usaha Johor untuk terus menyediakan sistem jaringan jalan raya yang berkualiti tinggi dan mampan terus diperkasakan apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Pasifik yang bakal menggunakan dua unit jentera berteknologi tinggi JCB Pothole Pro dari Staffordshire, United Kingdom bagi mempercepat kerja dan memperkemas proses tampalan jalan berlubang atau ‘pothole’.   Dengan […]

JOHOR BUSINESS SUMMIT & EXPO 2025 HIMPUN USAHAWAN DARI 10 NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 bakal menjadi platform bertaraf antarabangsa yang akan menghimpunkan penyertaan delegasi dari 10 negara termasuk Indonesia, Singapura, China, Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Kanada dan Kemboja.   Penganjuran expo berkenaan yang julung kali oleh Kerajaan Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dengan kerjasama Kotler Impact […]

JAMBATAN ECO LINK SIREH PARK SOKONG AGENDA HIJAU JOHOR

  #IskandarPuteri – UEM Group Berhad melalui Yayasan UEM mengambil inisiatif melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan naik taraf jambatan ECO Link di SIREH Park, Iskandar Puteri yang merupakan Taman Rekreasi Komuniti Hijau Bandar Terbesar di Malaysia.   Jambatan ECO Link sebelum ini dikenali sebagai ‘Hill Bridge’ sepanjang 65 meter yang dinaik taraf itu dibina sempena temasya […]