Tag Archive for: johor

DUA STESEN SEISMIK DICADANG DIBINA DI SEGAMAT

  #Segamat – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mencadangkan pembinaan dua stesen seismik di Segamat untuk memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi susulan kejadian yang berlaku di daerah berkenaan pada bulan lalu.   Kewujudan stesen seismik itu dijangka dapat meningkatkan ketepatan pengesanan aktiviti seismik di Johor terutama Segamat dengan mengukur pergerakan tanah termasuk gelombang seismik […]

KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA JOHOR DIIKTIRAF

  #JohorBahru – Seramai 325 pelajar cemerlang sekolah agama di negeri ini diraikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas mereka berjaya meraih keputusan membanggakan dalam peperiksaan awam agama berkenaan, tahun lalu.   Kesemua pelajar berkenaan berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK); Sijil Darjah Enam Agama (SDEA); Sijil Darjah […]

HSAJB BUKA KLINIK SELEPAS WAKTU PEJABAT

  #IskandarPuteri – Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) kini memulakan pengoperasian Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP) di Poliklinik Pakar HSAJB sebagai usaha berterusan untuk menangani masalah kesesakan dan tempoh masa menunggu yang panjang di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan yang juga antara fasiliti kesihatan tersibuk di Malaysia.   Inisiatif strategik ini digerakkan secara […]

ADCS 2025 LETAK JOHOR SEBAGAI GERBANG KANDUNGAN DIGITAL MALAYSIA-ASEAN

  #JohorBahru – Sidang Kemuncak Kandungan Digital ASEAN (ADCS) 2025 meletakkan Johor sebagai gerbang kandungan digital antara Malaysia dan ASEAN yang membuka pintu pelaburan dalam sektor digital disokong oleh infrastruktur moden serta inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Sidang kemuncak selama tiga hari itu merupakan platform penting bagi Johor selaku tuan rumah untuk memacu […]

KERAJAAN NEGERI GERAKKAN PASUKAN KHAS SIASAT REKAHAN TANAH DI SEGAMAT

  #IskandarPuteri– Kerajaan Negeri bertindak pantas susulan beberapa siri kejadian gegaran gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat dengan menggerakkan pasukan khas siasatan ke Kampung Batu 2, Jalan Buloh Kasap bagi menilai tahap rekahan tanah sebagaimana yang dilaporkan oleh penduduk kampung berkenaan, sebelum ini.   Pasukan khas siasatan berkenaan menggabungkan kepakaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia […]

JOHOR HAT-TRICK JUARA KRIKET T20 WANITA BAWAH-19 TAHUN KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan Wanita Johor dinobatkan sebagai juara Kejohanan Kriket Antara Negeri Persatuan Kriket Malaysia (MCA) T20 Wanita Bawah-19 Tahun 2025 apabila menewaskan Perak dengan kemenangan bergaya lapan wiket pada perlawanan akhir di Bayuemas Oval, Klang, semalam.   Selaku penyandang juara, Johor konsisten menunjukkan penguasaan di sepanjang kejohanan dan meneruskan momentum positif hingga ke […]

JOHOR SELESAI SERAH 99% GERAN HAK MILIK TANAH PENEROKA FELDA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri membuktikan komitmen dalam menjaga kebajikan warga FELDA apabila berjaya menyelesaikan 99 peratus penyerahan geran hak milik tanah peneroka di semua tanah rancangan berkenaan di seluruh negeri sehingga Ogos tahun ini.   Daripada sejumlah 27,642 peneroka FELDA di Johor iaitu kedua tertinggi di Malaysia, sebanyak 27,429 peneroka telah menerima geran hak […]

‘INFLUENCERS WORLD CUP 2025’ SELARI ASPIRASI JOHOR SPORT NATION

  #IskandarPuteri – Penganjuran ‘Influencers World Cup 2025’ yang menghimpunkan pempengaruh, pencipta kandungan digital dan personaliti media sosial terkenal dari seluruh dunia, menyerlahkan keupayaan negeri ini sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa seiring dengan aspirasi Johor Sport Nation 2030.   Kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu bukan sahaja menyaksikan ‘influencer’ […]

ETS3 BUKA PINTU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI DAERAH KLUANG

  #Kluang – Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) dari Kuala Lumpur ke Kluang yang telah bermula pada 30 Ogos itu mampu memberi impak perubahan besar kepada pembangunan daerah ini, terutama dari segi potensi untuk mencipta lebih banyak peluang ekonomi dan sosial kepada penduduk setempat.   Majlis peluncuran perkhidmatan ETS3 ke Kluang yang diserikan dengan keberangkatan […]

JAINJ, PDRM DIARAH SIASAT VIDEO AJARAN SESAT BATU PAHAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memandang serius penularan video mengenai ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat, baru-baru ini, yang tidak boleh dipandang ringan kerana menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.   Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk segera melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan siasatan terperinci mengikut undang-undang, jelas […]