Tag Archive for: kerajaan negeri johor

JOHOR SERIUS CARI SOLUSI KRISIS PERUBAHAN IKLIM

  Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 13 hingga 17 November ini, dijangka menerima kehadiran 2,000 delegasi.   Sebagai tuan rumah, Johor dan Malaysia juga bakal menjadi tumpuan dunia menerusi penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa ini.   Kerajaan Negeri dalam rangka persiapan untuk penganjuran APCW 2023 yang […]

KPKT BERI TUMPUAN PEMBINAAN DUA PPR DI JOHOR TAHUN DEPAN

    Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberikan tumpuan kepada penyediaan dua Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini, iaitu di Larkin dan Kluang pada tahun hadapan, kata Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.   Perbincangan antara KPKT bersama Kerajaan Negeri mengenai penyediaan PPR Larkin yang dipersetujui dalam Belanjawan 2023 telah diadakan dan kerja […]

KERAJAAN JOHOR, AIRASIA RANGKA PERANCANGAN USAHASAMA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengadakan perbincangan bersama Kumpulan AirAsia Berhad yang kini dikenali sebagai Capital A Berhad bagi memacu pelbagai sektor berkaitan di negeri ini.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelbagai perancangan promosi, pembangunan serta naik taraf infrastruktur di Johor telah dibincangkan secara mendalam bersama Capital A.   “Semoga perancangan […]

KEHILANGAN PEMIMPIN MENJIWAI RAKYAT : MENTERI BESAR JOHOR

  PONTIAN — Kerajaan Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang kembali ke Rahmatullah, semalam.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemergian Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu dirasai Kerajaan negeri.   “Bagi pihak Kerajaan Negeri kita rasa sedih dan juga rasa […]

PROJEK KOMUNITI DI HATI TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  ISKANDAR PUTERI –– Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan bagi pelaksanaan Projek Komuniti Di Hati (KDH).   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan menyalurkan peruntukan tambahan itu dibuat berikutan sambutan menggalakkan diterima projek berkenaan.   “Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta pada tahun 2023, bagi pelaksanaan Projek Komuniti Di Hati (KDH), di […]

PERPADUAN KAUM PENTING JADIKAN JOHOR NEGERI MAJU 2030

  JOHOR BAHRU — Perpaduan kaum menjadi pemangkin signifikan bagi menjayakan impian menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kemajuan yang ingin dicapai bukan sahaja dari segi pembangunan dan pelaburan malah mencakupi paradigma minda rakyat Johor.   “Kita nak jadikan Johor sebuah negeri yang maju […]

40 CALON SMK MUTIARA RINI CEMERLANG STPM 2022

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 40 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Rini memperoleh keputusan cemerlang, semalam.   Pengetua SMK Mutiara Rini, Zanariah M Yasin berkata, keputusan memberangsangkan itu sekali gus melonjakkan purata nilai gred kumulatif (PNGK) sekolah dari 2.57 kepada 3.05.   “Alhamdulillah, buat julung kalinya, ini merupakan […]

KERAJAAN NEGERI BAKAL TUBUHKAN RMMJ DI RENGGAM

  ISKANDAR PUTERI — Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Renggam akan dibina bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat Johor di sekitar Simpang Renggam.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa RMMJ Renggam bersama beberapa agensi Kerajaan.   “Saya juga turut mempengerusikan mesyuarat […]

KERAJAAN NEGERI MAHU JADIKAN JOHOR DESTINASI PELANCONGAN UNGGUL

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan menarik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar merakamkan penghargaan atas sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terhadap komitmen Kerajaan Negeri.   “Kerajaan Negeri ingin mengucapkan jutaan terima […]

KERAJAAN JOHOR TEROKA KERJASAMA DENGAN CASA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berhasrat meneroka potensi kerjasama dengan Pusat Seni Kulinari Azerbaijan (CASA) dalam bidang penyediaan makanan dan kulinari.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, CASA dikendalikan anak tempatan dari Melaka selaku ketua cef, Kelvin Chong.   Menurutnya, pusat pendidikan […]