Tag Archive for: Negeri Johor

JOHOR BAKAL PENYUMBANG UTAMA INDUSTRI SARANG BURUNG WALET

  Negeri Johor bakal menjadi penyumbang utama pertumbuhan industri sarang burung walet di negara ini, menerusi pembukaan kemudahan bioteknologi baharu Glyken International Berhad (Glyken) bernilai RM6.6 juta di Kawasan Perindustrian SiLC.   Kemudahan canggih berkeluasan 29,220 kaki persegi itu dibangunkan hasil sokongan dan kerjasama diberikan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu […]

GEMILANG 100 TAHUN TAMBAK JOHOR

  Sambutan 100 Tahun Tambak Johor diraikan dengan penuh bermakna sebagai memperingati lakaran bersejarah peristiwa perasmian struktur binaan ikonik seabad yang lalu serta hubungan akrab antara Malaysia khususnya Negeri Johor dan Singapura, hari ini.   Lebih istimewa, sambutan telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang berkenan untuk […]

BERSAMA JAYAKAN MISI ‘JOHOR SPORT POWERHOUSE’

  Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Atas dasar kebersamaan dalam memajukan industri sukan di Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) buat julung kalinya, menghimpunkan semua persatuan sukan Negeri Johor dalam satu sesi Johor Sports Townhall 2024 yang diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.   Majlis dimulakan dengan ucapan aluan YB Mohd […]

JOHOR BAKAL HIMPUN 2,700 PENCINTA DURIAN

  Negeri Johor bakal menjadi tuan rumah Persidangan Durian Asia dan Ekspo Agroworld Malaysia 2024 yang menghimpunkan 2,700 peserta dari dalam mahupun luar negara di Galeri Jualan Forest City pada 28 hingga 30 Jun ini.   Penganjuran acara bertaraf antarabangsa tersebut menyerlahkan usaha Kerajaan Johor dalam mempromosikan musim durian dan menggalakkan aktiviti agropelancongan di negeri […]

PELABURAN BYTEDANCE BAWA MANFAAT JANGKA PANJANG

  Perancangan pemilik TikTok, ByteDance untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecerdasan buatan (AI) utama di rantau ini dengan cadangan pelaburan berjumlah kira-kira RM10 bilion mampu mengembangkan sektor ekonomi negara yang turut memberi limpahan kepada Negeri Johor.   Malah dengan cadangan ByteDance memperluaskan fasiliti pusat data sedia ada dengan pelaburan tambahan sebanyak RM1.5 bilion, Kerajaan Negeri […]

PPAJ TAYANG FILEM ISLAMIK RUSIA

  Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) terus komited memperluaskan fungsi perpustakaan bukan sahaja sebagai lokasi sumber ilmu malah menjadi pusat aktiviti yang pelbagai kepada orang ramai termasuklah menganjurkan Program Kazan (Russia) International Muslim Film Festival.   Sebanyak tujuh filem utama berunsur islamik dari Republik Tartastan, Persekutuan Rusia telah dipilih untuk ditayangkan bermula 13 hingga 15 […]

UNIKNYA JOHOR PADA …..

  Menjadi negeri terawal mempunyai perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu dikenali Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang dimasyhurkan pada tahun 1895, maka tidak hairanlah Negeri Johor sejak dahulu hingga kini sentiasa menjadi peneraju dan berada pada kelas tersendiri dalam segenap aspek termasuk pendidikan.   Bahkan, sebelum itu lagi, kebijaksanaan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar yang […]

DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL WATAK UTAMA ORANG MUDA JOHOR

  Siapa dapat menduga tarikh keramat 19 September 2020 menjadi detik paling bermakna bagi orang muda di Johor apabila DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor diamanahkan oleh ayahanda baginda, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk mengetuai dan seterusnya memimpin semua aktiviti yang berkaitan belia dan beliawanis di Negeri Johor Darul […]

JS-SEZ ‘GAME CHANGER’ EKONOMI JOHOR

  Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan ‘economic game changer’ yang mampu menarik pelaburan bernilai tinggi selain mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan bakat berkualiti kepada Negeri Johor.   Kerajaan Negeri sudah menggariskan sasaran makro dan indikator yang hendak dicapai menerusi pembangunan zon khas berkenaan di mana ia menjadi pemangkin atau penggalak menuju ke arah […]

MPP BAKAL MILIKI PEJABAT BAHARU

  Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bakal memiliki bangunan pejabat urusan baharu yang mencerminkan iltizam tinggi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dalam merakyatkan sistem penyampaian kerajaan demi menyediakan perkhidmatan terbaik bagi kawasan pentadbirannya.   Pembinaan pejabat baharu itu disifatkan sebagai tepat pada masanya selari dengan kepesatan pembangunan Pengerang dan kawasan sekitar yang tertumpu kepada sektor pelancongan […]