JS-SEZ ‘GAME CHANGER’ EKONOMI JOHOR


Sesi penerangan Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dipengerusikan oleh YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor.

 

Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan ‘economic game changer’ yang mampu menarik pelaburan bernilai tinggi selain mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan bakat berkualiti kepada Negeri Johor.

 

Kerajaan Negeri sudah menggariskan sasaran makro dan indikator yang hendak dicapai menerusi pembangunan zon khas berkenaan di mana ia menjadi pemangkin atau penggalak menuju ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.

 

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan JS-SEZ dengan penglibatan pelbagai pihak, telah berlangsungnya sesi penerangan dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi kepada semua pemegang taruh di negeri ini.

 

Sesi penerangan dipengerusikan oleh YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor itu bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai pelaksanaan JS-SEZ.

 

Kesemua pemegang taruh yang hadir termasuklah 56 Ahli Dewan Negeri Johor, 10 Pegawai Daerah serta 16 Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor.

 

Selain itu, sesi penerangan diadakan menyediakan platform kepada pemegang taruh memberikan cadangan mahupun pandangan sekali gus menterjemahkan kerjasama, komitmen dan kebersamaan dalam menjayakan agenda zon khas berkenaan.

 

Terdahulu, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) JS-SEZ pada Januari lalu, disusuli dengan pelaksanaan gerak kerja, inisiatif di pintu sempadan dan mesyuarat jawatankuasa pertama pada bulan lepas.

 

Dijangkakan, akan ada pertemuan antara Malaysia dan Singapura yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor disusuli bengkel pemurnian berkaitan tawaran bagi memperincikan butiran JS-SEZ pada bulan ini sebelum perjanjian bersama ditandatangani hujung tahun.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor