JDT FUTSAL SEDIA TAKLUK MPFL 2024


Skuad penuh Futsal JDT di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang. | Foto JDT Futsal

 

Menjelang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2024 yang akan bermula pada 17 Februari ini, skuad futsal JDT tampak bersedia dengan segala persiapan rapi bagi menghadapi cabaran musim ini.

 

Lebih memberangsangkan, skuad kendalian Juan Garcia kali ini tampil berwajah baru dengan kehadiran beberapa pemain tempatan dan import bagi memperkuatkan pasukan yang berpangkalan di Pasir Gudang itu mengharungi cabaran musim ini.

 

Selepas bergelar naib juara MPFL 2023 dan Piala Malaysia Futsal 2023, skuad futsal JDT kini juga tampil dengan penuh keyakinan dan semangat untuk mencabar kejuaraan dari juara bertahan, Pahang Rangers.

 

Skuad futsal JDT akan membuat penampilan pertama pada pentas MPFL 2024 menentang Gombak TOT United di KSN Panasonic, Shah Alam pada 17 Februari ini.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor