TEMPAT LETAK KERETA TAMBAHAN HSI DIBUKA HARI INI : MB


Tempat meletak kereta tambahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dibuka hari ini, untuk kegunaan pelawat | Sumber gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Tempat meletak kereta tambahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dibuka hari ini, untuk kegunaan pelawat.

 

Perkara itu dikongsi dan dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebook rasminya.

 

“Semoga tambahan ini dapat mengurangkan keadaan kesesakan kenderaan di HSI, yang sering menjadi rungutan selama ini,” katanya.

 

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf kawasan tempat letak kereta di HSI pada Ogos tahun lalu.

 

“Selain itu, kerajaan negeri juga sebelum ini telah mengumumkan peruntukan RM95,000 bagi penggantian bumbung polycarbonate serta kerja berkaitan, dan juga RM75,000 bagi kerja pembekalan kerusi berangkai di ruang menunggu.

 

“Yakinlah bahawa kerajaan negeri akan sentiasa berusaha yang termampu untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, bukan sahaja dari sudut rawatan kesihatan, tetapi juga dari sudut penambahbaikan infrastuktur, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor