RAMCD GUERILLA, MOHD YUSRI WAKILI SKUAD ESPORT JOHOR KE MAKSAK KEBANGSAAN


Seramai 120 peserta terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Johor menyertai Pertandingan Pemilihan Atlet ESport MAKSAK Johor di Dewan Banquet Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri / Gambar Ihsan MAKSAK Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Pasukan ESport Kastam Diraja Malaysia (KDRM), RMCD Guerilla muncul pemenang keseluruhan apabila menggungguli pertarungan bagi kategori Players Unknown Battleground (PUBG) Mobile pada saingan Pemilihan Atlet Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Johor ke Kejohanan MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2023.
Bagi kategori Play Station FIFA 23 pula dimenangi oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian, Mohd Yusri Mohd Arifin.
Dengan kejayaan yang dilakar oleh pasukan RMCD Guerilla dan Mohd Yusri itu sekali gus membolehkan mereka mewakili Kontinjen MAKSAK Johor ke Kejohanan MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2023 yang bakal diadakan di Negeri Perak pada 9 hingga 12 Mac ini.
Terdahulu seramai 120 peserta yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang berkhidmat di Negeri Johor berentap menguji tenaga dan kemahiran dalam pertandingan berkenaan yang berlangsung di Dewan Banquet Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.
Pertandingan ini diadakan bagi memilih pemain serta mewujudkan pasukan yang mantap dan seterusnya mewakili MAKSAK Johor ke MAKSAK GAMES 2023-E-SPORTS
Sebanyak dua kategori dipertandingkan yang terdiri daripada Play Station FIFA 23 dan PUBG Mobile.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor