TINDAKAN TEGAS MENANTI SI PELAKU


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah meninjau lokasi terkesan bagi melihat sendiri situasi sebenar dan menilai tahap pencemaran berlaku.

 

Kerajaan Johor mengarahkan satu jawatankuasa khas segera ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran di negeri ini agar tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.

 

Ketegasan terhadap isu pencemaran turut disuarakan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang mahu pihak berkuasa mencari dalang menyebabkan pencemaran di negeri ini sehingga ke lubang cacing.

 

Selain itu, beliau juga berharap agar pemain industri dan orang ramai dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan kualiti persekitaran supaya isu seumpama ini tidak berulang lagi.

 

Di samping itu, agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini juga telah turun ke lokasi bagi menjalankan siasatan terperinci mengenal pasti punca dan membendung pencemaran.

 

Hasil siasatan mendapati bahan kimia yang dijumpai di kawasan sungai tercemar berpotensi membahayakan kesihatan awam dan mencemari udara sehingga menyebabkan bau yang sangat kuat serta tidak menyenangkan.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah meninjau lokasi terkesan bagi melihat sendiri situasi sebenar dan menilai tahap pencemaran berlaku.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor